Khamis, 23 Mac 2017

Ah Beauty Night Cream antara lapan produk kosmetik yang mengandungi racun


Ah Beauty Night Cream antara lapan produk kosmetik yang  mengandungi racun.

Kementerian Kesihatan sebagaimana disiarkan melalui  Berita Harian semalam mengumumkan lapan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan. Ia termasuklah Ah Beauty Night Cream.

Produk kosmetik itu mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk kosmetik itu Moleek Day Cream; Adel Miracle Flawless Serum; Ah Beauty Night Cream; NDZ UV Whitening; Snow Cream Normal; Snow Cream Sensitif; Dnars Nar Cream-Sensitif dan Ellfie Night Cream.

Beliau mengingatkan para penjual dan pengedar produk kosmetik agar menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta. Ini kerana ia melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Ulasan Saya.

Produk ini telah pun dijual secara meluas di pasaran termasuklah secara dalam talian. Pengguna sebelum ini bakal menanggung kesan sampingan akibat penggunaannya. Harap selepas ini Kementerian Kesihatan dapat memantau kes sebegini sedari awal lagi.

Apatah lagi terdapat juga kakitangan kementerian kesihatan termasuklah jururawat dan pegawai farmasi yang menjual produk kosmetik ini. Sedikit sebanyak ia berjaya mempengaruhi orang ramai untuk membeli dan menggunanya.

4 ulasan:

  1. tak berani sis nak cuba mcm2 krim yg berlambak di pasaran ni

    BalasPadam
  2. Nadhirah Wueen.
    Sebaiknya elakkan daripada guna sbb ia KKM hanya mengharamkan setelah produk tersebut berada lama dlm pasaran

    BalasPadam
  3. Memang tak nak amik risiko. Macam cendawan tumbuh skrg produk2 kecantikan ni skrg. Lepas tu kes2 kesan dr pengambilan bahan kosmetik tu pun meningkat.

    BalasPadam
  4. Ana Suhana.
    Betul tu Ana. Baik berhati-hati. Ingat sebelum kena

    BalasPadam