Kerana pulut santan binasa dan kerana mulut badan binasa.
Gara-gara lawak bodoh, keterlaluan dan tidak bertamadun pengacara Rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan atau Ammar Titan akhirnya rancangan tersebut terpaksa ditamatkan dan Ammar Titan juga digantung tugas serta merta.
Umum mengetahui Ammar Titan telah mempersendakan nama bapa Watson Nyambek dalam program tersebut.
Ketika bersiaran, Amar Titan menyebut; "Telah memadamkan rekod lama yang dipegang oleh Watson Nyambek....Bek"
Perbuatan Ammar tersebut seolah-olah mengembek seperti kambing selepas menyebut nama mendiang Nyambek itu dikecam netizen yang beranggapan tindakan Amar itu seolah-olah menyamakan mendiang Watson dengan binatang berkenaan.
Selain Ammar, enam kru penerbitan rancangan terbabit turut dikenakan tindakan yang sama kerana tidak bersikap sensitif.
Tidak sekadar itu, malah Rancangan Sukan Tak Sentral terbitan TV3 ditamatkan siarannya serta-merta susulan tindakan program komedi berasaskan sukan itu yang memperlekeh dan menghina mendiang bapa bekas jaguh pecut kebangsaan, Watson Nyambek seperti yang disiarkan malam Sabtu lalu.
Semoga Ammar jadikan semua sebagai pengajaran. Dan agar ia juga menjadi peringatan kepada kita semua agar berpada-pada dalam bergurau dan berjenaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan