Blog ini memaparkan isu-isu semasa termasuklah isu agama, politik dan hiburan.
Isnin, 7 Ogos 2017
Kumpulan Ateis mengancam akidah dan menggugat keselamatan negara.
Satu persatu fahaman sesat muncul di negara kita. Belum lagi reda dengan ancaman ajaran-ajaran sesat, muncul pula masalah Syiah. Kemudian umat islam di Malaysia diancam pula oleh golongan Islam Liberal dan kini muncul pula gerakan Ateis.
Lagi biadap mereka semakin berani menjaja ajaran dan fahaman karut mereka secara terbuka.
Baru-baru ini, Kumpulan Atheist Republic, yang berpangkalan di Vancouver, Kanada telah mengadakan pertemuan di Malaysia.
Lagi biadap mereka telah memuatnaikkan foto pertemuan dan aktiviti mereka di lama Facebooknya.
Mengapa mereka begitu berani dan tidak lagi gentar dengan undang-undang. Pihak berwajib perlu mengambil tindakan tegas dan jangan beri muka kepada agenda sesat dan karut ini. Lagipun perjuangan mereka turut bercanggah dengan Prinsip Rukun Negara yang mensyaratkan Kepercayaan Kepada Tuhan.
Langgan:
Catatan (Atom)