Memaparkan catatan dengan label SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEMASA. Papar semua catatan

Isnin, 7 Ogos 2017

Kumpulan Ateis mengancam akidah dan menggugat keselamatan negara.



Satu persatu fahaman sesat muncul di negara kita.  Belum lagi reda dengan ancaman ajaran-ajaran sesat, muncul pula masalah Syiah. Kemudian umat islam di Malaysia diancam pula oleh golongan Islam Liberal dan kini muncul pula gerakan Ateis.

Lagi biadap mereka semakin berani menjaja ajaran dan fahaman karut mereka secara terbuka.

Baru-baru ini,  Kumpulan Atheist Republic, yang berpangkalan di Vancouver, Kanada telah mengadakan pertemuan di Malaysia.

Lagi biadap mereka telah memuatnaikkan foto pertemuan dan aktiviti mereka di lama Facebooknya.

Mengapa mereka begitu berani dan tidak lagi gentar dengan undang-undang. Pihak berwajib perlu mengambil tindakan tegas dan jangan beri muka kepada agenda sesat dan karut ini. Lagipun perjuangan mereka turut bercanggah dengan Prinsip Rukun Negara yang mensyaratkan Kepercayaan Kepada Tuhan.




Ahad, 30 April 2017

Hari Pekerja, tiga belas wasiat berguna untuk para pekerja.



Hari Pekerja, tiga belas wasiat berguna untuk para pekerja.

Selamat hari pekerja untuk semua pekerja di Malaysia, baik yang berkhidmat di sektor awam mahupun dengan swasta.

Di sini saya ingin berkongsi wasiat Mantan
Sheikhul Al-Azhar, Sheikh Mutawalli As-Sya'rawi yang saya perolehi dari group WhatsApps.

1.WASIAT PERTAMA

Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa dan takut kepada Allah S.W.T. lebih baik untukmu.

2. WASIAT KEDUA

Terimalah pelanggan2mu kendali segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat dan bukan pula syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari dari membaikpulih apa-apa kekurangan atau kesalahan pada diri mereka, kerana kamu adalah perantara penyelesaian serta HARAPAN mereka.

3. WASIAT KETIGA

Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap umat dan gunapakaikan kelebihan dan kecekapanmu kpd mereka selaku penjawat yg baik agar kesan perkhidmatanmu lebih mendalam sampai ke lubuk hati mereka.

4. WASIAT KEEMPAT
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang yang memerlukan perhatian, disebabkan peri sikap mu, segala masalah mereka berhasil diselesaikan dengan baik, lancar dan mudah.

5. WASIAT KELIMA

Perbaikkanlah layananmu terhadap orang2 yg memerlukan perkhidmatan dengan meninggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada kalangan kamu mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah tiada lagi di dunia sini.

6. WASIAT KEENAM

Setiap masa bertugas boleh dihubungkaitkan dengan didikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian dlm menyelesaikan masalah umat.

7. WASIAT KETUJUH

Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau tinggalkan pekerjaan sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

8. WASIAT KELAPAN

Berapa ramai daripada kamu kerana memberi khidmat yang baik kepada umat, lantas dengan sebab itu mereka mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Ya Allah! tambahkan dan berkatilah kepada penjawat penjawat kami yang kuat, cerdas dan amanah.

9. WASIAT KESEMBILAN

Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga semangatmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

10. WASIAT KESEPULUH

Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

11. WASIAT KESEBELAS

Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua jerih payahmu itu akan memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti, insya Allah.

12. WASIAT KEDUA BELAS
Pesanan ini merupakan hadiah BERHARGA kepada penjawat awam agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

13. WASIAT KETIGA BELAS

Sesungguhnya perintah Allah untuk kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

Moga ada manfaat utk kita dan rakan-rakan semua. Dan, paling penting pekerjaan adalah ibadat. Jadi pastikan ia adalah sebuah pekerjaan yang halal, dan jangan culas dan malas. Lunaskan segala amanah dengan penuh tanggungjawab.

Sabtu, 18 Mac 2017

Malaysia akui terima ugutan dan ancaman daripada Korea Utara.




Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui Malaysia menerima ugutan dan ancaman daripada Korea Utara susulan kes pembunuhan melibatkan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Walaupun begitu, sebagaimana mana dilaporkan menerusi akhbar Sinar Harian, beliau  tidak mahu mengulas isu itu dengan lebih panjang lebar memandangkan sembilan orang rakyat Malaysia  masih berada di negara tersebut.

Sedikit Ulasan.

Saya bersetuju dan menyokong penuh ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sesungguhnya Malaysia bukanlah lokasi jenayah antarabangsa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak.

Dalam hal ini rakyat Malaysia perlu bersatu dan mengenepikan fahaman politik, agama dan bangsa demi kedaulatan negara.

Tapi sungguh mengecewakan kerana terdapat segelintir rakyat Malaysia yang bertindak menyalahkan Kerajaan Malaysia dalam isu ini.  Bagi mereka Malaysia perlu akur dengan tuntutan Korea Utara termasuklah menganggap kematian Kim Jong-Nam disebabkan oleh serangan jantung. Mereka juga Inginkan Malaysia jangan apa-apakan pembunuh Kim Jong-Nam. Lagi teruk terdapat juga yang bermain politik dalam isu ini.

Percayalah orang seperti mereka ini, andainya perompak mencerobohi rumah mereka, tentu sahaja dia benarkan perompak merogol dan membunuh anak gadis dan isterinya asalkan harta dan nyawanya selamat.

Percayalah juga jika kita tunduk dan patuh kepada tuntutan Korea Utara, negara kita akan menjadi lubuk jenayah antarabangsa.

Khamis, 9 Mac 2017

Minum Air Kelapa Dan Ubat-ubatan




Minum Air Kelapa Dan Ubat-ubatan

Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat? Soalan ini nampak mudah namun ia sebenarnya bermaksud interaksi antara ubat dengan minuman.Interaksi boleh memberi kesan sama ada meningkatkan kesan ubat dalam tubuh badan atau mengurangkan kesannya.

Air kelapa

Air kelapa terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah. Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+).

Khasiat

Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman. Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh.

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh.

Interaksi dengan ubat, herba dan suplemen.

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi (Ubat mengurangkan tekanan darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain

Interaksi dengan penyakit

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu. Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

Keselamatan

Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat. Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak. Setakat ini tiada maklumat berkaitan pengambilan air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

Tindakan yang boleh diambil

Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini. Ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi). Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah pening atau merasa pusing, penglihatan kabur, kekeliruan, kelemahan dan loya (perasaan sakit perut). Jika alami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunakan alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah. Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring. Letakkan kaki separas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut. Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berkekalan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kesimpulan

Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangkan dalam situasi interaksi ubat dengan minuman. Terdapat beberapa lagi contoh interaksi minuman dengan ubat-ubatan seperti interaksi ferus dengan susu, ubat anti-kolesterol (atorvastatin) dengan jus limau gedang (grapefruite) dan ubat warfarin dengan teh hijau. Justeru rujuk dahulu dengan ahli farmasi atau doktor merawat sebelum mengambil sesuatu bersama-sama ubat-ubatan agar interaksi ubat dapat diteliti terlebih dahulu.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.

Disediakan Oleh:
Mohd Dziehan Mustapa
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Selasa, 28 Februari 2017

Media Arab Saudi crop gambar Rosmah Mansor.



Media Arab Saudi crop gambar Rosmah Mansor.

Ramai yang terkejut termasuklah saya.  Apa tidaknya, seantero Malaysia sedia maklum isteri Petdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bergambar bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika Baginda melawat Malaysia.

Gambar asal sebagaimana yang disebarkan di media-media di Malaysia, memaparkan Datin Seri Rosmah Mansor berada di kedudukan paling kanan, dan diikuti oleh Dato' Seri Najib, Raja Salman, Sultan Muhammad ke V, dan Dato' Seri Zahid Hamidi.

Tapi malangnya, gambar yang sama telah diedit oleh media Arab Saudi, iaitu Riyadh Vission. Didapati gambar Datin Seri Rosmah Mansor telah dipotong atau crop. Sungguh menjadi tanya tanya mengapakah Media Arab Saudi begitu biadap dan kejam. Atau sememangnya itu adalah dasar dan kehendak Raja Salman selaku "Penjaga Dua Kota Suci"


Rabu, 22 Februari 2017

Alhamdulillah, Sukarelawan Food Flotilla selamat pulang ke tanah air




Misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar berakhir selepas 20 hari dengan ketibaan kapal Nautical Alya yang selamat berlabuh di dermaga Boustead Cruise Centre di sini, 9.55 pagi tadi.

Kepulangan semua 184 sukarelawan itu disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan Ketua Misi itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Selain ahli keluarga, kepulangan mereka turut diiringi paluan kompang dengan tangisan kegembiraan dan rasa syukur sukarelawan.

Ia sekali gus melengkapkan pelayaran misi Food Flotilla For Myanmar yang menghantar 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh sejak 3 Februari lalu.

Semua kru dan penumpang Nautical Aliya dalam keadaan sihat dan selamat.

Kapal kemanusiaan diterajui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, iaitu Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu disokong lebih 30 NGO ASEAN dan antarabangsa.

Sumber: Harian Metro

Maklumat Tambahan.

Kita berharap agar, misi bantuan kemanusiaan ke Rohingya tidak terhenti di situ. Dan, kita berharap agar dunia memberikan tekanan kepada Myanmar kerana jenayah penghapusan etnik yang mereka lakukan.

Ahad, 12 Februari 2017

Kes hina TMJ, Mat Tere dibebaskan daripada tahanan reman.



Kes hina TMJ, Mat Tere dibebaskan daripada tahanan reman.

JOHOR BAHRU 12 Feb. - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini supaya Mat Tere dibebaskan daripada tahanan reman.

Menurut entri terbaharu dalam Facebook JOHOR Souther Tigers, Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apis Baharum, 29, akan dihantar semula ke negeri kelahirannya di Kelantan.

Rabu lalu, Mat Tere ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bagi membantu siasatan berhubung video kata-kata kesat menghina TMJ yang menjadi tular di facebook kelmarin. - UTUSAN ONLINE

Ulasan Peribadi.
Mat Tere adalah lelaki yang ada masalah mental. Dia tidak boleh dipersalahkan. Cuma, pihak berkuasa perlu menyiasat dalang disebalik semua ini.

Adakah dalang tersebut hanya orang-orang biasa atau 'manusia luar biasa' yang kini sedang bersaing dengan TMJ untuk memimpin FAM.