Memaparkan catatan dengan label Trending. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trending. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mac 2017

Ah Beauty Night Cream antara lapan produk kosmetik yang mengandungi racun


Ah Beauty Night Cream antara lapan produk kosmetik yang  mengandungi racun.

Kementerian Kesihatan sebagaimana disiarkan melalui  Berita Harian semalam mengumumkan lapan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan. Ia termasuklah Ah Beauty Night Cream.

Produk kosmetik itu mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk kosmetik itu Moleek Day Cream; Adel Miracle Flawless Serum; Ah Beauty Night Cream; NDZ UV Whitening; Snow Cream Normal; Snow Cream Sensitif; Dnars Nar Cream-Sensitif dan Ellfie Night Cream.

Beliau mengingatkan para penjual dan pengedar produk kosmetik agar menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta. Ini kerana ia melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Ulasan Saya.

Produk ini telah pun dijual secara meluas di pasaran termasuklah secara dalam talian. Pengguna sebelum ini bakal menanggung kesan sampingan akibat penggunaannya. Harap selepas ini Kementerian Kesihatan dapat memantau kes sebegini sedari awal lagi.

Apatah lagi terdapat juga kakitangan kementerian kesihatan termasuklah jururawat dan pegawai farmasi yang menjual produk kosmetik ini. Sedikit sebanyak ia berjaya mempengaruhi orang ramai untuk membeli dan menggunanya.

Rabu, 22 Februari 2017

Alhamdulillah, Sukarelawan Food Flotilla selamat pulang ke tanah air




Misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar berakhir selepas 20 hari dengan ketibaan kapal Nautical Alya yang selamat berlabuh di dermaga Boustead Cruise Centre di sini, 9.55 pagi tadi.

Kepulangan semua 184 sukarelawan itu disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan Ketua Misi itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Selain ahli keluarga, kepulangan mereka turut diiringi paluan kompang dengan tangisan kegembiraan dan rasa syukur sukarelawan.

Ia sekali gus melengkapkan pelayaran misi Food Flotilla For Myanmar yang menghantar 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh sejak 3 Februari lalu.

Semua kru dan penumpang Nautical Aliya dalam keadaan sihat dan selamat.

Kapal kemanusiaan diterajui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, iaitu Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu disokong lebih 30 NGO ASEAN dan antarabangsa.

Sumber: Harian Metro

Maklumat Tambahan.

Kita berharap agar, misi bantuan kemanusiaan ke Rohingya tidak terhenti di situ. Dan, kita berharap agar dunia memberikan tekanan kepada Myanmar kerana jenayah penghapusan etnik yang mereka lakukan.

Sabtu, 18 Februari 2017

Isu perkauman di sebalik peristiwa lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta


Isu perkauman di sebalik peristiwa lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta

Hangat di media sosial hari ini peristiwa sekumpulan remaja berbasikal dirempuh oleh sebuah kereta di Johor Bahru.


Insiden yang dilaporkan berlaku pada pukul 3 pagi itu telah mengorbankan lapan nyawa yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.


Insiden ini berlaku kerana kecuaian ibu bapa. Agak aneh bagaimana anak-anak yang masih mentah dan sepatutnya berada di rumah tetapi berkeliaran hingga pukul 3 pagi. Adakah ibu bapa tidak tahu atau sengaja tidak ingin ambil tahu.

Namun, setelah meneliti komentar di media sosial terutamanya Facebook, ternyata tidak kurang juga yang menyalahkan pemandu kereta Nissan Almeera tersebut.

Ada yang mendakwa pemandu wanita tersebut memandu dalam keadaan mabuk, namun pihak polis telah pun mengesahkan beliau memandu dalam keadaan bebas dari pengaruh alkohol.

Tidak kurang juga yang mendakwa beliau memandu sambil menggunakan handphone.

Paling kurang ajar terdapat komen yang berbaur perkauman. Pemilik akaun Facebook yang bernama Intan Sham cuba menyalakan api perkauman.

Katanya, orang Cina memang selalu memandu dalam keadaan berbahaya.

Harap pihak berkuasa ambil tindakan undang-undang terhadap Intan Sham yang cuba memecahbelahkan masyarakat dan menghuru-harakan negara.