Blog ini memaparkan isu-isu semasa termasuklah isu agama, politik dan hiburan.
Ahad, 30 April 2017
Hari Pekerja, tiga belas wasiat berguna untuk para pekerja.
Hari Pekerja, tiga belas wasiat berguna untuk para pekerja.
Selamat hari pekerja untuk semua pekerja di Malaysia, baik yang berkhidmat di sektor awam mahupun dengan swasta.
Di sini saya ingin berkongsi wasiat Mantan
Sheikhul Al-Azhar, Sheikh Mutawalli As-Sya'rawi yang saya perolehi dari group WhatsApps.
1.WASIAT PERTAMA
Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa dan takut kepada Allah S.W.T. lebih baik untukmu.
2. WASIAT KEDUA
Terimalah pelanggan2mu kendali segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat dan bukan pula syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari dari membaikpulih apa-apa kekurangan atau kesalahan pada diri mereka, kerana kamu adalah perantara penyelesaian serta HARAPAN mereka.
3. WASIAT KETIGA
Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap umat dan gunapakaikan kelebihan dan kecekapanmu kpd mereka selaku penjawat yg baik agar kesan perkhidmatanmu lebih mendalam sampai ke lubuk hati mereka.
4. WASIAT KEEMPAT
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang yang memerlukan perhatian, disebabkan peri sikap mu, segala masalah mereka berhasil diselesaikan dengan baik, lancar dan mudah.
5. WASIAT KELIMA
Perbaikkanlah layananmu terhadap orang2 yg memerlukan perkhidmatan dengan meninggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada kalangan kamu mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah tiada lagi di dunia sini.
6. WASIAT KEENAM
Setiap masa bertugas boleh dihubungkaitkan dengan didikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian dlm menyelesaikan masalah umat.
7. WASIAT KETUJUH
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau tinggalkan pekerjaan sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak yang akan dituntut pada hari hisab kelak.
8. WASIAT KELAPAN
Berapa ramai daripada kamu kerana memberi khidmat yang baik kepada umat, lantas dengan sebab itu mereka mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Ya Allah! tambahkan dan berkatilah kepada penjawat penjawat kami yang kuat, cerdas dan amanah.
9. WASIAT KESEMBILAN
Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga semangatmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
10. WASIAT KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
11. WASIAT KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua jerih payahmu itu akan memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti, insya Allah.
12. WASIAT KEDUA BELAS
Pesanan ini merupakan hadiah BERHARGA kepada penjawat awam agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.
13. WASIAT KETIGA BELAS
Sesungguhnya perintah Allah untuk kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.
Moga ada manfaat utk kita dan rakan-rakan semua. Dan, paling penting pekerjaan adalah ibadat. Jadi pastikan ia adalah sebuah pekerjaan yang halal, dan jangan culas dan malas. Lunaskan segala amanah dengan penuh tanggungjawab.
Selasa, 25 April 2017
Rancangan Sukan Tak Sentral ditamatkan dan Ammar Titan digantung tugas serta-merta
Kerana pulut santan binasa dan kerana mulut badan binasa.
Gara-gara lawak bodoh, keterlaluan dan tidak bertamadun pengacara Rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan atau Ammar Titan akhirnya rancangan tersebut terpaksa ditamatkan dan Ammar Titan juga digantung tugas serta merta.
Umum mengetahui Ammar Titan telah mempersendakan nama bapa Watson Nyambek dalam program tersebut.
Ketika bersiaran, Amar Titan menyebut; "Telah memadamkan rekod lama yang dipegang oleh Watson Nyambek....Bek"
Perbuatan Ammar tersebut seolah-olah mengembek seperti kambing selepas menyebut nama mendiang Nyambek itu dikecam netizen yang beranggapan tindakan Amar itu seolah-olah menyamakan mendiang Watson dengan binatang berkenaan.
Selain Ammar, enam kru penerbitan rancangan terbabit turut dikenakan tindakan yang sama kerana tidak bersikap sensitif.
Tidak sekadar itu, malah Rancangan Sukan Tak Sentral terbitan TV3 ditamatkan siarannya serta-merta susulan tindakan program komedi berasaskan sukan itu yang memperlekeh dan menghina mendiang bapa bekas jaguh pecut kebangsaan, Watson Nyambek seperti yang disiarkan malam Sabtu lalu.
Semoga Ammar jadikan semua sebagai pengajaran. Dan agar ia juga menjadi peringatan kepada kita semua agar berpada-pada dalam bergurau dan berjenaka.
Sabtu, 15 April 2017
Misteri Wan Peah musim kedua bakal menemui penonton.
Berita gembira kepada peminat drama bersiri Misteri Wan Peah memandangkan penerbitnya Sheila Rusly merancang penghasilan siri kedua. Sheila.
Menurut Shiela Rusly permintaan peminat setia siri itu juga membakar semangatnya dan suami, Azman Yahya atau Jinggo selaku pengarah untuk tidak bertangguh lagi dalam meneruskan hasrat itu.
Untuk pengetahuan semua, drama Misteri Wan Peah yang berjaya mencatat 10 juta tontonan yang disiarkan menerusi slot baharu TV3, Seramedi
Sedikit Info drama Misteri Wan Peah.
Kajian Nielsen Audience Measurement melaporkan, Misteri Wan Peah mencatat 10 juta jumlah tontonan terkumpul untuk keseluruhan 20 episod, manakala jumlah tontonan pada malam episod akhir mencecah tiga juta.
Misteri Wan Peah yang diterbitkan JS Pictures mula bersiaran pada 13 Februari 2017 dan tamat pada 31 Mac 2017
Misteri Wan Peah menampilkan barisan pelakon seperti Acap Tokan, Zee Tokan, Faiz Tapaw, Sasqia Dahuri, Indah Emelda, Sweet Farhana, Sherry Al-Hadad, Ariff Aziz, Delimawati serta Usop Wilcha.
Sabtu, 1 April 2017
Saring sebelum sharing.
Seorang kenalan Facebook telah memuat naik gambar di atas.
Hairan sungguh sebab ada juga yang terus mempercayainya dan ada juga yang terus share tanpa menggunakan akal yang waras.
Inilah penyakit segelintir Bani Melayu. Penyakit mandul akal hingga mudah sangat percaya dengan dakwaan karut yang tak berasas.
Apatah lagi jika karut marut tersebut dicipta dan disebarkan oleh golongan bertitle agama seperti Ustaz, Pak Kiai dan sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)