Blog ini memaparkan isu-isu semasa termasuklah isu agama, politik dan hiburan.
Sabtu, 18 Mac 2017
Malaysia akui terima ugutan dan ancaman daripada Korea Utara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui Malaysia menerima ugutan dan ancaman daripada Korea Utara susulan kes pembunuhan melibatkan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.
Walaupun begitu, sebagaimana mana dilaporkan menerusi akhbar Sinar Harian, beliau tidak mahu mengulas isu itu dengan lebih panjang lebar memandangkan sembilan orang rakyat Malaysia masih berada di negara tersebut.
Sedikit Ulasan.
Saya bersetuju dan menyokong penuh ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sesungguhnya Malaysia bukanlah lokasi jenayah antarabangsa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak.
Dalam hal ini rakyat Malaysia perlu bersatu dan mengenepikan fahaman politik, agama dan bangsa demi kedaulatan negara.
Tapi sungguh mengecewakan kerana terdapat segelintir rakyat Malaysia yang bertindak menyalahkan Kerajaan Malaysia dalam isu ini. Bagi mereka Malaysia perlu akur dengan tuntutan Korea Utara termasuklah menganggap kematian Kim Jong-Nam disebabkan oleh serangan jantung. Mereka juga Inginkan Malaysia jangan apa-apakan pembunuh Kim Jong-Nam. Lagi teruk terdapat juga yang bermain politik dalam isu ini.
Percayalah orang seperti mereka ini, andainya perompak mencerobohi rumah mereka, tentu sahaja dia benarkan perompak merogol dan membunuh anak gadis dan isterinya asalkan harta dan nyawanya selamat.
Percayalah juga jika kita tunduk dan patuh kepada tuntutan Korea Utara, negara kita akan menjadi lubuk jenayah antarabangsa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Situasi Malaysia kena hadapi sekarang, semoga rakyat Malaysia bersatu menghadapi dugaan ni
BalasPadam